Monday, April 13, 2009

Think About Gay



tadi gedik2 on myspace, ter'view' page kawan aku, Puteri Kartikah. aku ter'klik' url blog dia. kebetulan, aku terbaca latest entri pu3 n automatically ter'tagged'. hehe.. layan je. aku pun tengah bosan banget ni.



Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:
1. mini cooper s..warna putih.
2. sneakers macbeth..aku mampu tapi malas nak keluar duit sendiri.
3. iphone 3g. aku jealous sangat2 tengok iphone 3g berada dalam genggaman cikgu asri. owh, rasanya cikgu asri tak begitu tahu menggunakan application iphone, so why not bagi kat aku je?
4. a brand new pc. kalau boleh nak slim cpu with 21" lcd monitor wide screen. mahu beri laptop pun tak mengapa. aku terima je. tetapi aku lebih berminat dengan pc. jangan tanya mengapa.
5. anak. aku suka kanak2. aku seperti mahu anak sendiri. ada sesiapa mahu berikan aku anak?



5 perkara hebat yang pernah dilakukan:
1. berjaya menjadi pengasuh anak sedara aku semenjak berusia 1hari hingga 5bulan. masa tu after spm. tengah tunggu result. aku mana ada pengalaman jaga budak sebelum tu. siap aku mandikan dia, tidur dengan dia, susukan dia..no wonder lar dia sangat rapat dengan aku. ok lah kan?
2. memandu seorang diri dari ipoh ke jb pada malam hari. kemudian tak sampai sejam di jb, aku drive dari jb ke genting. sampai ke genting jam 7pagi. lepak setengah jam, aku terus turun balik ke ipoh. hardcore gak ar. aku pernah drive seorang diri sejauh itu dalam masa satu hari. semua kerana 'cinta'.huh!
3. tak perlu study seperti kawan2 yang lain ketika pmr. ok..cikgu2 sekolah aku semua risau dengan tahap kemalasan aku sampai siap call mak aku lagi. alih2, masa result keluar, aku dapat 8A..haha..gila bangga masa tu. spm? tak payah cerita lah k.
4. lari dari rumah kerana merajuk dengan mak aku. 3hari je. kepada adik2 yang masih bersekolah di luar sana, jangan ikut jejak langkah aku ye..
5. panjat pagar asrama uitm puncak perdana sekerap mungkin. dulu lah. dah la kena panjat kat area hostel lelaki. siap pernah kena kejar dengan pak guard lagi tapi lepas. pernah sekali je kantoi. kepada yang tinggal di asrama, jangan panjat pagar k.


ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi):
1. duit..aku gila duit..tapi aku bukan wanita materialistik.
2. computer games. sesungguhnya aku kaki games.
3. motion pictures. thanks to lumiere brothers coz meng'invent'kan machine untuk membikin filem.
4. sneakers. i love sneakers. sangat2.
5. perfumes. aku suka bau-bauan perfumes. skrg ni pun banyak botol2 perfumes yang cantik2 dan molek2..



5 perkara yang dibenci:
1. hipokrit!
2. lelaki cakap besar.
3. mat rempit..tak minat la.
4. nasi goreng letak mixed veggie yang instant tuh. duh!tak sedap langsung.
5. pergi ke rumah member yang membela anjing. tak faham. sah2 ko melayu dan islam. siap anjing tu ko bawak tidur sekali. aish!


5 insan seterusnya yang akan di tag ialah...

1. kamu
2. kamu lagi
3. owh..kamu ya
4. ok!kamu
5. kamu yang baca entri ini

Tapi Aku Gagal

shah alam hujan lagi. aish!! jeans aku dah 3hari berjemur tapi tak kering2 gak. mungkin aku kena beli seluar baru kot yang aku usha kat pull n bear pavi. another pair of skinny jeans. maybe harus beli memandangkan cuaca yang hari2 hujan ni. seluar aku semua basah..hurm..

owh ya..baru perasan si adik piqah yang comel telah men'tagged' aku..thanx ye..

ATTENTION
* Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you.
* At the end, choose 16 people to be tagged.
* You have to tag the person who tagged you
* If I tagged you, it's because I want to know more about you.


1.suka berambut pendek.
2.addicted to cheese.
3.suka lepak mamak tapi tidak suka makan masakan mamak.
4.ketawa sangat besar.
5.'mak teh' yang baik.
6.great eater, bad in cooking.
7.perfumes collector.
8.millionaire in making..another 3years mybe?
9.messy hair.
10.sering ditindas..aish!
11.pemalu tp bukan penakut.
12.tidak suka gaduh2.
13.the alien(big apple) lover.
14.punk-rock.
15.suara besar seperti jantan.
16.super duper lazy utk study.

16 lucky person to be tagged:

piqah SHJ.
besi.
niena.
nizam.
khairul mitsuo.
orange.

*aku tak tahu mahu tagged siapa lagi..*

nasi vanggey

aku baru je sampai dari ipoh. hujan je sepanjang jalan. memang penat tapi amat berbaloi.

semalam makan nasi vanggey di ipoh.





lama gila tak makan. mana taknya, aku dah lama gila tak balik ipoh. kalau balik pun, aku belum gila lagi untuk makan nasi vanggey sorang2. thanks to abg 'langkawi' kerana belanja aku dan kawan2.

sebenarnya, aku amat2 merindui ipoh. owh ya, dah habis study nanti, aku akan duduk di ipoh puas2.. ipoh jangan rindukan aku ye..aku akan pulang tak lama lagi.


*abg langkawi = lelaki yang tidak dikenali identitinya. mungkinkah peminatku di ipoh??*

Saturday, April 11, 2009

trust him

hari ini memang sangat sucks pada aku.
aku gaduh lagi dengan mr.K. katanya berpunca dari aku yang sibuk call2 dia waktu tidur.
hey!c'mon!it's already 6pm...u dah tido for more than 12hours.gila apa!
perut aku berkeroncong gila x boleh cakap la..tuh yang aku call dia.

dipendekkan cerita, his best friend call and ajak aku lepak2..seperti orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun terima pelawaan mr.B. tak pasal2 mr.K marah. dia kata kawan baik dia try nak usha aku.

adeh..orang nak teman aku makan pun salah ke? jangan sebab aku, ko nak gaduh ngan kawan baik ko. sangat tak cool la lelaki begitu..
kang tak pasal2 aku terus tak berminat dengan ko lagi mr.K.



*hopefully trip ke lost world esok akan menjernihkan balik hubungan aku dan mr.K. aku sayang ko mr.K tapi kita hanya kawan, ok? tak perlu ko nak cemburu2 tak tentu pasal*

Friday, April 10, 2009

kesetiaan

SHAH ALAM: Biarpun lelaki yang dicintainya, Cif Inspektor Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, Norazilah Baharudin, 31, akan tetap setia menunggu hingga semua proses rayuan selesai.

Dia yang mengikat tali pertunangan dengan Azilah pada 2006 menjangka tunangnya itu dibebaskan semalam tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Saya menjangka dia dibebaskan hari ini (semalam) tetapi tidak. Jadi kena tunggu dua peringkat seterusnya iaitu membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika perasaannya apabila Azilah dijatuhi hukuman mati oleh Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin selepas didapati bersalah membunuh wanita berkenaan.

Turut menerima hukuman sama, tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar.

Menurutnya, dia dan Azilah kenal pada 2004 sebelum bertunang dua tahun kemudian.

“Sejak Azilah direman, hubungan kami semakin rapat...kalau ikut rancangan jika dia (Azilah) bebas mungkin kami hendak berkahwin sebab sudah lama kami menunggu hari bahagia ini,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dia berkata, Azilah kelihatan tenang ketika keputusan dibuat oleh hakim.

“Dia tidak marah atau menangis ketika mendengar keputusan itu. Malah, tidak bercakap apa-apa berhubung keputusan itu.

“Sedih juga...tetapi demi dia saya perlu tenang,” katanya yang perlu tenang untuk memberi sokongan kepada tunangnya.

*from Harian Metro (10 April 2009)*

ok..this is so sweet.aku baca tadi, aku lak yang rasa sebak dan hiba.walaupun dia tahu peluang untuk tunangnya yang tersayang tu sangat2 tipis, tapi dia tetap sanggup menunggu.

aku?

mungkin tak sanggup menunggu.

menyiksa jiwa dan batin sahaja.

tapi dalam kes ini, mungkin pada gadis tersebut, cinta mengatasi segala-galanya.


akan adakah wanita seperti beliau ini?

hurm..

aku mahu power seperti beliau

synyster owh synyster..
aku mahu power bermain gitar sepertimu.
plus, wajahmu sangat hensem ok..
alangkah indahnya hidup ini dapat bersama-samamu memetik gitar di bawah pepohonan merendang di tasik shah alam..
yeah!!





*antara vc yang aku sangat suka...cool bukan?*

aku dalam usaha meningkatkan skill gitar aku..mana tahu boleh jadi seperti yuna..huhu..perasannya!

mati...

hari ni, aku balik lewat lagi.

esok ada kelas.
seyes malas nak ke kelas lagi.
maknanya cukup seminggu aku tak menjejakkan kaki di fakulti.

owh munesparan..maafkan pelajarmu ini..

*aish!!aku macam nak quit study*