Monday, May 4, 2009

alkisah makcik yang menjual nasi campur di hadapan blok 12

ada sesiapa tinggal di seksyen 7 shah alam seperti aku?
jika ada..aku nak berkongsi pengalaman aku dua hari berturut2 membeli nasi campur berhampiran rumah aku.

semalam kira2 jam 3ptg, aku dan member turun ke bawah.tengok2 ada sebuah gerai je yang buka lagi.nak tak nak, aku pun usha2 la lauk yang ada.aku pun tapaw la nasi putih, letak ikan keli goreng seekor dan 3ekor udang.member aku lak cuma amik nasi,kentang goreng cili dan udang dalam 4ekor.kitorang pun suruh la makcik tu kira.dia kata rm8.aku pun keluarkan duit yang ada..cuma rm50 sekeping je aku ada.sekali bila makcik tu pandang rm50, tiba2 dia boleh kat "dik, sebenarnya harga dua bekas ni 10hengget".aish!apa kejadahnya makcik ni??tak pernah nampak rm50 ke?aku malas nak membebel, terus bayar.

kebetulan, tengah hari tadi, aku memang dah tak boleh tahan lapar lagi dah.nasib aku malang.cuma gerai makcik tu je yang masih bukak.aku dengan member aku dah tahu makcik tu penipu, tapi terpaksa gak beli.so untuk mengelakkan ditipu, kitorang pun ambik la lauk yang lebih murah dari semalam.member aku cuma ambik 4 ekor udang.aku lak ambik 3 ekor udang.

aku:berapa makcik?
makcik:semua 12hengget

aku dan member terkesima kejap..dalam hati menyumpah seranah makcik tu.

aku:eh, biar betul makcik.semalam saya ambik ikan keli, udang siap ada kentang, makcik baru caj rm10.takkan hari ni ambik lauk lagi sikit, naik lagi rm2?
makcik:ye ke?eh..udang hari ni besar2 dik.tu yang mahal.
aku:takkan la.udang2 semalam lagi besar kot.
makcik:betul dik.beras pun naik harga.
aku:yelah makcik.terima kasih.

hati aku panas je.agak2 la pun kalau nak tipu.tiba2 lak beras naik harga.nasib baik orang tua.geram!

so kepada sesiapa yang tinggal dekat2 area rumah aku, tak payah la beli nasi campur kat makcik tu lagi.patut la kawan2 aku semua kata makcik tu mahal gila.memang patut gerai dia tak laku.nak berniaga, biar jujur.tak faham aku!

14 comments:

piqaiqapiqa . said...

huh? rasa nak cili je mulut makcik tu, sebaik makcik enn.
geram jgk bila baca cite nih. haihh
pdn muke xlaku.

ain si kacak said...

piqah:tu la piqah..geram gila..mata duitan sungguh..huhu

Paan Ovrtd said...

Bakar je gerai dia.

uncle shaq said...

huish kuajak tul .. seksyen 7 belah mana? nak gak tau .. hurm .. bawak member2 yg menganjing skit biar padan muke die .. hahaha

ain si kacak said...

dik an:bakar tu kejam sangat

uncle:seksyen 7 area flat.gerai dia bt;2 dpn blok 12..nak menganjing, cam tak hormat orang tua lak

Kudus Ahmad said...

Boikot je kedai tu...

Vee Violet said...

hmmm...
kalau Vee selalunye Vee akan diam n malas nak ckp ape mcm ain cuz Vee akan fikir if die berterusan behave gitu - biz die akan teruk one day and balasan die dr Pencipta kite tu akan ada. Tak baik mcm tu actually...

besi said...

ain..kena pegi kedai lain la.....
jap2...apa lagi masak la...heheheh

Unknown said...

slam...xpa2 masak sndiri la......

eddie dewanaga said...

yg menipu, kita boikot je diorang...

ain si kacak said...

conan:sedang memboikot..memang takkan beli lagi

vee:memang dah teruk.gerai dia paling tak laku walaupun lauk not bad..

besi:nak masak tp tak sempat nak gi beli barang dapur.bz exam..hehe

anak pendang sekeluarga: hehehe..ok2..

eddie: sudah tentu

vidadarisakura said...

7 area mana ni?
7 hakim lama-hakim baru or 7 bintang?


bikin panas o..

ain si kacak said...

vidadarisakura:area flat..betul2 depan blok 12...sila boikot..

Enraged Man Turn Simple Guy Thanks To Marriage said...

Aku..
Rasa macam pernah baca entry ni, tapi bukan dekat sini.
Tapi di mana yah?

Post a Comment