Wednesday, May 6, 2009

kacak bukan?

ni kawan2 aku..



diorang nak aku promote diri diorang..terutamanya yang paling kanan sekali. ada sesiapa mahu berkenalan?
ni la antara kawan2 rapat aku.
aku lebih ramai kawan lelaki dari perempuan.
tak tahu kenapa.. padahal diorang ni semua adalah perokok tegar.
hari2 pula tu aku kena hidu asap rokok dunhill, pall mall dan marlboro mereka.
dan hari2 juga aku perlu syampoo rambut aku kerana perbuatan khianat mereka yang suka menghembus asap2 rokok pada ubun2 aku.
mereka juga seperti abang2 aku..sentiasa protective..walaupun selalu juga usha2 awek lain depan aku.
yang paling hampeh, suruh aku mintak number awek2 yang mereka usha tu.
huh! apa punya kawan la korang ni.

tapi, sebusuk mana pun hembusan asap rokok kalian, sekuat mana pun kalian ketawa sehingga aku terpaksa cover malu di mamak..
kalian tetap di hati aku.

11 comments:

Paan Ovrtd said...

Perokok adalah sahabat. Haha!

ain si kacak said...

dik an:yup!sahabat2 aku 97% adalah perokok..

besi said...

entry kali nie tak leh komen la...
sbb sasarannya kaum hawa...
heheheeh

ain si kacak said...

besi: hehe..tapi besi perokok tegar juga ke seperti sahabat2 ain tuh?

besi said...

pall mall ngan rokok seberang...
tegar? entah la..tapi sekotak sehari la

Shahrul Tanaka said...

mari merokok!
tapi gua rasa gua lagi kacak! ;)

piqaiqapiqa . said...

alah baju putih tu cam kacak je ! ;)
haha.
sian ari2 kene asap rokok, pasni akk beli je topeng selsema babi tu. hehe

ain si kacak said...

besi:wah!sekotak sehari?not bad

shahrul azry:lu hisap rokok siap..wa takkan hisap sampai bila2
:P

piqah: ye ke piqah?tu kamal namanya
hehe..ok2..nanti akak cari topeng tu

Kudus Ahmad said...

Berkawan dengan lelaki ni best kan ain. Sebab utamanya lelaki ni terus terang, kalau tak cantik straight je cakap tak cantik. Tak de nak cover² dah. Sekali dengar macam sakit je hati, but thats the truth.

Vee Violet said...

steady la ain.
i like the way u are...
=)
stay cool kay!
=)

eddie dewanaga said...

relax kat mamak dengan teh tarik berbuih tebal enak bertemankan mp3 player sarat lagu2 death metal pilihan yang cukup menenangkan jiwa sementara di bibir tersepit gulungan tembakau berperisa menthol jenama Pall Mall merupakan satu aktiviti bebas suatu petang hari cuti yang kadangkala sukar ditafsirkan dengan kata2...

...masih aku tiada yang sudi menjadi si buah hati, mungkin kerana tiada paras rupa, kereta lumba dengan tayar nipis, yang ada cuma jiwa yang merdeka, BC Rich hitam secondhand dengan pick-up humbucker Seymour Duncan.

Adakah itu cukup untuk membahagiakan seseorang yang bergelar sang kekasih..!!

hahaha... biol beb, gua!!

Post a Comment