Friday, April 10, 2009

kesetiaan

SHAH ALAM: Biarpun lelaki yang dicintainya, Cif Inspektor Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, Norazilah Baharudin, 31, akan tetap setia menunggu hingga semua proses rayuan selesai.

Dia yang mengikat tali pertunangan dengan Azilah pada 2006 menjangka tunangnya itu dibebaskan semalam tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Saya menjangka dia dibebaskan hari ini (semalam) tetapi tidak. Jadi kena tunggu dua peringkat seterusnya iaitu membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika perasaannya apabila Azilah dijatuhi hukuman mati oleh Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin selepas didapati bersalah membunuh wanita berkenaan.

Turut menerima hukuman sama, tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar.

Menurutnya, dia dan Azilah kenal pada 2004 sebelum bertunang dua tahun kemudian.

“Sejak Azilah direman, hubungan kami semakin rapat...kalau ikut rancangan jika dia (Azilah) bebas mungkin kami hendak berkahwin sebab sudah lama kami menunggu hari bahagia ini,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dia berkata, Azilah kelihatan tenang ketika keputusan dibuat oleh hakim.

“Dia tidak marah atau menangis ketika mendengar keputusan itu. Malah, tidak bercakap apa-apa berhubung keputusan itu.

“Sedih juga...tetapi demi dia saya perlu tenang,” katanya yang perlu tenang untuk memberi sokongan kepada tunangnya.

*from Harian Metro (10 April 2009)*

ok..this is so sweet.aku baca tadi, aku lak yang rasa sebak dan hiba.walaupun dia tahu peluang untuk tunangnya yang tersayang tu sangat2 tipis, tapi dia tetap sanggup menunggu.

aku?

mungkin tak sanggup menunggu.

menyiksa jiwa dan batin sahaja.

tapi dalam kes ini, mungkin pada gadis tersebut, cinta mengatasi segala-galanya.


akan adakah wanita seperti beliau ini?

hurm..

4 comments:

piqaiqapiqa . said...

hurm.
pakwe dah slah,knp nak kt pkwe dy lg??(ttbe ta puas hati)
hehe.
kalo i la,dah tgglkan dah.

Shahrul Tanaka said...

tunggu di syurga sudah :P

ain si kacak said...

piqah:haha..
tuh i pelik tuh..

shahrul azry: hehe..tggu di syurga ye?
kalau tak masuk syurga cmne?

mr. hafis said...

haha.
i bet that azilah doesnt get the death sentence.

Post a Comment